Lagenda Sumpahan Si Anak Yatim
Ban Pecah kini dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di negeri Perak. Ia telah diiktiraf oleh pihak berkuasa pelancongan dan dimasukkan dalam daftar peta tempat2 yang sesuai dikunjungi di negeri ini.
Ban Pecah terletak di mukim Kuala Kurau dan Tanjong Piandang di Daerah Krian.
Ban Pecah: Cantik & Unik
Pada awal 1960-an, Ban Pecah hanyalah sebuah perkampungan petani dan nelayan. Bagi penduduk setempat, Ban Pecah adalah kisah duka penuh tragedi. Dari hari ke hari, ada saja tanah tempat mereka mencari rezeki musnah di depan mata. Hakisan menyebabkan tanah bendang dan rumah mereka runtuh hanyut dibawa ombak deras. Amukan ganas laut itu berterusan sehingga ke tahun 1970-an.
Berbagai usaha dilakukan untuk menghentikan rempuhan badai dengan membina benteng dari tanah, pasir dan batu. Benteng inilah yang dinamakan ban.
Ironinya, kawasan sekitar runtuhan ini menarik minat warga tempatan untuk datang menunjukkan simpati serta menyaksikan fenomena alam yang tidak terdapat sebelum ini. Setiap hujung minggu, tempat ini semakin ramai dikunjungi sehingga menjadi seakan kawasan rekreasi penduduk setempat. Waktu itu kawasan ini sering disebut sebagai Ban Runtuh.
Ban Pecah juga selalu dikaitkan dengan sumpahan si anak yatim. Memang cerita ini sudah berlegar sekitar tahun 1960-an. Konon ceritanya amukan laut ini adalah akibat sumpahan anak yatim yang teraniaya. Harta peninggalan yang diamanahkan kepada bapa saudaranya tidak ditunaikan mengikut perjanjian asal. Dua beradik yatim piatu itu dibiarkan hidup merempat dan dinafikan hak mereka kepada hasil harta tersebut. Kedua2 beradik ini kemudian melarikan diri ke tempat lain. Mengiku ceritanya, mereka ini berdoa agar bapa saudaranya yang zalim itu ditimpakan bala dan diberikan balasan sewajarnya. Maka dari situ timbul dan popularlah mitos sumpahan anak yatim kepada tragedi runtuhan tanah sawah di kawasan itu.
Sumpahan Si Anak Yatim
Daerah Krian boleh dikatakan kekurangan tempat rekreasi. Oleh yang demikian, Ban Pecah berperanan mengisi kekosongan itu. Ia menjadi tempat tumpuan warga pada hujung minggu. Ditambah pula adanya warung yang menjual makanan, Ban Pecah semakin hidup dan mula dikenali ramai. Pengunjung yang datang juga bukan saja penduduk setempat malah banyak juga dari daerah lain di negeri ini.
Sekitar tahun 1980-an, dengan terbinanya benteng konkrit sepanjang kira-kira 10 kilometer dari pesisir pantai Tanjung Piandang ke Kuala Kurau, hakisan tanah sekitar kawasan itu mula reda. Maka Ban Pecah mula menampakkan wajah ceria. Pengunjung yang datang pula tergoda dengan keindahan alam sekitar kawasan ini yang kelihatan unik dan menawan.
Selain keindahan alam, pengunjung juga sering ketagih memancing di sepanjang pantai ini. Gambar2 video hasil tangkapan pemancing di sekitar Ban Pecah membuat ramai yang teruja untuk mencuba nasib. Pertandingan memancing juga sering dianjurkan dengan hadiah beribu2 ringgit.
Jarak antara Kurau Inn Farmstay ke Pantai Ban Pecah hanyalah kira2 4.6 kilometer.
Peta lokasi ke Pantai Ban Pecah, sila klik di sini
Anda mencari penginapan yang berhampiran Ban Pecah?
Kurau inn menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang terjangkau.
Untuk membuat tempahan, anda boleh melayari laman web ini dan membuat tempahan secara online. Panduan membuat tempahan: Sila klik di sini.
Pada ruang KOD KUPON, sila masukkan kod OK25. Anda akan diberikan harga potongan istimewa sebanyak 25% berbanding harga asal.
Jika anda ingin menghubungi kami secara direct, anda boleh berhubung melalui WhatsApp di talian 019-240 78332 untuk mendapatkan potongan harga istimewa
Galeri gambar2 pemandangan sekitar Ban Pecah




















