Kolam Renang

Peraturan Penggunaan Kolam Renang

Sila ambil perhatian bahawa sesuai dengan usaha Kerajaan untuk mengawal penularan Covid 19, peraturan penggunaan kolam renang perlu mengambil kira SOP dan faktor keselamatan. Sehubungan dengan itu, anda diminta mempastikan penatuhan terhadap perkara2 berikut:-

1. Tetamu berdaftar sahaja.

Kolam renang ini khusus untuk tetamu yang berdaftar di Kurau Inn sahaja. Membawa tetamu luar adalah dilarang. Bayaran tambahan sebanyak RM10 setiap tetamu akan dikenakan.

2. Keselamatan:

Keselamatan anak anda dan family anda hendaklah diberi keutamaan. Anda dikehendaki mengawasi sepenuhnya keselamatan mereka dan sebarang risiko adalah atas tanggungan sendiri.

3. Waktu operasi/Slot Masa:

08.00 pagi hingga 7.00 malam.
Tetamu dibahagikan mengikut keluarga dan slot masa masing2 Sila tempah slot penggunaan untuk keluarga anda.

4. Sihat dan Bebas Covid 19

Perenang mestilah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit terutama Covid 19.

4. Tidak boleh bawa makanan/minuman

Makanan, minuman atau gum tidak boleh dibawa ke kawasan kolam.

5. Bersiram / Shower

Perenang mestilah bersiram dan membersihkan diri dahulu sebelum memasuki kolam renang. Bagaimanapun, penggunaan sabun dan shampoo adalah dilarang.

6. Pakaian Bersopan

Pakaian hendaklah yang sopan dan sesuai. Jeans dilarang sama sekali. Penutup kepala hendaklah dipakai jika rambut melepasi paras bahu.

7. Dilarang Berludah

Dilarang berludah atau membuang hingus di dalam kolam.

8. Dilarang berlari

Dilarang berlari di kawasan deck.

9. Berhenti Bermain Waktu Kilat

Jika terdapat kilat dan guruh, semua perenang hendaklah naik dan berhenti dengan serta merta