Peraturan Menginap

Peraturan Menginap

Sukacita kami mengucapkan terima kasih atas tempahan anda dan mengucapkan selamat datang ke Kurau Inn Farmstay. Kami berharap anda akan gembira bercuti di sini. Selain itu, kami juga mengharapkan kerjasama anda mematuhi peraturan2 berikut:-

1. Waktu check-in: 3.00 petang – 7.00 malam.

Jika atas sebab2 yang tidak dapat  dielakkan, Check-in selepas waktu ini hendaklah dibuat secara layan diri sepenuhnya. Sila hubungi kami untuk mendapat keterangan lanjut cara check-in layan diri dan syarat2nya.

2. Waktu Check-out: Sebelum jam 12.00 tengah hari.

Cas tambahan akan dikenakan jika peraturan ini tidak dipatuhi.

3. Setiap unit penginapan kami sudah ditetapkan jumlah maksimum yang boleh dihuni. Sila pastikan peraturan ini dipatuhi sepenuhnya. Cas tambahan sebanyak RM50.00 setiap pax akan dikenakan jika peraturan ini tidak dipatuhi. Bayaran tambahan ini hendaklah dibuat secara jujur tanpa perlu diminta.

Berdasarkan pengalaman lepas, ada juga tetamu kami membawa tikar, bantal, toto dan sebagainya. Sila ambil maklum bahawa anda tidak perlu membawa peralatan ini jika peraturan di atas dipatuhi.

4. Anda tidak dibenarkan mengubah mana2 kedudukan perabot terutama katil dan tilam.

5. Penghawa dingin hendaklah ditutup jika bilik atau balkoni dibiarkan terbuka.

6 Anda adalah bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan atas kecuaian atau kesalahan anda sendiri ataupun sesiapa sahaja di bawah akaun anda.

7. Anda diminta menjaga kebersihan dan hanya membuang sampah di tempat yang disediakan.

8. Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Anda diminta membuang sampah di tempat yang disediakan. Selain itu, anda hendaklah membersihkan segala peralatan yang digunakan seperti pinggan mangkuk dan sebagainya sebelum meninggalkan bilik (check out).

9. Tidak memakai kasut semasa berada di dalam rumah.

10. Makanan yang tidak halal tidak dibenarkan dimasak maupun dimakan di mana2 tempat dalam kawasan premis ini.

11. Merokok/ vape di dalam bilik adalah dilarang keras dan tidak dibenarkan sama sekali.

12. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa di mana2 kawasan di premis ini.

13. Tolong rendahkan nada suara anda terutama pada waktu malam.

14. Semua kemudahan yang terdapat di Kurau Inn seperti kolam renang,  parkir, pantry, BBQ pit dan seumpamanya adalah khusus untuk kegunaan penyewa yang berdaftar sahaja.  Anda tidak dibenarkan membawa tetamu tanpa mendapat kelulusan terlebih dulu.

15. Sila simpan barang2 berharga anda di tempat yang selamat. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan.

16. Deposit keselamatan akan dikembalikan dalam tempoh 24 jam jika kami berpuashati bahawa tiada apa2 pelanggaran terhadap mana2 peraturan di atas.