Pakej Percutian di Tepi Sawah

Padi mula menguning

Kuala Kurau memang terkenal sebagai Pekan Kari Sembilang. Hampir 80 peratus warung di sini ada menjual kari sembilang sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam. Namun begitu, kami sering mendengar rungutan pengunjung  yang gagal  menikmatinya semasa berada di sin.  Ini disebabkan bekalannya sering tidak dapat menyayingi  permintaan yang semakin tinggi.

Atas permintaan ramai, Kurau Inn Farmstay memperkenalkan pakej percutian lengkap dengan makan malam set talam kari sembilang. Pakej in adalah seperti berikut:-

Penginapan:  2 hari 1 malam di Kurau Inn Farmstay. Twin Sharing Basis/ Katil Queen.

Set Talam sesuai untuk makan bersama 4 orang .

Menu Makan Malam:

Nasi putih

Kari sembilang

Ayam goreng kunyit/ berempah

Sayur/ulam dan

Sambal belacan.

Buah2an tempatan

Minumn air kordial

Menu Sarapan:

Nasi lemak kampung

Kuih2 tempatan dan

Teh atau kopi.

Syarat Tempahan:

Check in Ahad hingga Khamis:

Minimum 8 pax

Maksimun 40 pax

Check in Jumaat atau Sabtu: 24 – 40 pax

Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat2nya 3 hari sebelum tarikh ketibaan.

Apa istimewanya tempat ini?

Suasana tenang dan damai

Kurau Inn berada di  perkampungan Melayu, di kelilingi sawah padi dan lanskap yang menghijau, dihiasi dengan burung2 yang riang berkicau dan berterbangan, malam yang sunyi dengan kerdipan sejuta bintang dan nyanyian cengkerik bagaikan simponi alam yang mempersonakan , Suasana tenang dan damai ini  sangat jauh berbeza dengan kehidupan kota yang hiruk pikuk.

Bersiar-siar di sekeliling kampung

Anda boleh ambil kesempatan menghirup udara segar di waktu pagi. Jalan kaki, berjogging, berbasikal atau naik beca semuanya boleh dilakukan di sini.

Memancing

 

Jika anda minat memancing, di sini ada kolam pancing yang tidak akan mengecewakan anda. Ikan keli, puyu dan haruan sedia menanti kedatangan anda.  Anda juga boleh memancing di parit2 sekitar kawasan kampung ini. Selain itu, anda juga boleh memancing di tepi pantai Ban Pecah atau anda boleh ke kelong, atau jika lebih serius lagi, boleh sewa boat untuk memancing siakap, kerapu, jenahak dan lain2.

 

Barbeque

Hasil tangkapan anda boleh dibakar dan dimakan di sini. Anda boleh uruskan sendiri segalanya atau petugas kami sedia membantu anda dengan sedikit bayaran.  Rasailah nikmat makan ikan segar hasil tangkapan sendiri dalam suasana kampung yang menyenangkan.