Deposit
Ada dua jenis deposit
Deposit sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit ini dibayar semasa tempahan dibuat secara terus sama ada melalui Telefon atau WhatsApp dan juga tempahan yang dibuat melalui website (https://kurauInn.com).
Deposit ini tidak dikembalikan jika anda membuat pembatalan kurang daripada 10 hari sebelum anda check in. Dalam kes ini, wang deposit anda dikira hangus. Bagaimanapun, jika anda membuat pembatalan dalam tempoh 10 hari atau lebih awal, wang deposit anda tidak dikembalikan tetapi tidak dikira hangus. Ertinya anda boleh gunakan semula deposit itu untuk tempahan yang akan datang.
Deposit Keselamatan pula dibayar semasa anda check in. Anda mungkin membuat tempahan melalui booking.com, Agoda, Airbnb dan sebagainya.
Bagi anda yang membayar deposit semasa tempahan dibuat, wang deposit itu akan menjadi Deposit Keselamatan.
Deposit Keselamatan akan dikembalikan dalam tempoh 24 jam setelah anda check out tertakluk kepada syarat2 yang dinyatakan dalam Peraturan Menginap. Jika anda melanggar apa2 peraturan yang dinyatakan itu, Deposit Keselamatan anda akan dikira hangus
Untuk mendapatkan semula Deposit Keselamatan itu, anda hendaklah mengisi borang yang ditetapkan.