Kurau Inn
Tentang Kami
Tentang Kurau Inn Farmstay
Selamat datang ke Kurau Inn Farmstay, sebuah destinasi persinggahan damai yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2020. Dikelilingi keindahan sawah padi yang menghijau dan dihiasi taman matang serta bayu lembut, Kurau Inn menawarkan pelarian sempurna daripada kesibukan suasana bandar.
🌾 Pengalaman Kampung Tulen
Kami menyediakan 13 unit penginapan yang selesa dan lengkap untuk pelbagai keperluan percutian anda:
Bilik Standard: 1 katil queen (Sesuai untuk 2 tetamu)
Bilik Quad: 2 katil queen (Selesa untuk 4 tetamu)
Bilik Keluarga: 3 katil queen (Muat sehingga 6 dewasa)
Selain penginapan yang selesa, kawasan kami turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah dan perkhidmatan menarik:
Kolam renang
Kolam pancing yang tenang
Gazebo untuk tempat rehat santai,
Sarubung moden lengkap dengan kemudahan dapur untu memasak, fridge, meja dan kerusi taman untuk menikmati juadah,
Pavilion berfungsi sebagai lobby dilengkapi dengan set meja dan kerusi. Kemudahan seperti meja mahjong, indoor games seperti congkak. karom, dan dam aji,
Dewan serbaguna yang luas & bilik mesyuarat serba lengkap.
Padang rumput terbuka sesuai untuk aktiviti out door: badminton, sepak takraw bulatan dan petanque.
Basikal dan beca untuk kemudahan meneroka kaindahan kampung traditional dan sawah padi
Sangkar burung
.Rumah arnab
Taman Permainan Kanak-kanak
Terampolin
Beyond comfortable stays, our property features a complete range of leisure facilities and event spaces:
Refreshing swimming pool & peaceful fishing pond
Gazebos, modern shade structures (sarubung), & pavilion)
Spacious multipurpose hall & fully equipped meeting rooms
🎯 Visi & Misi Kami
Visi: Menjadi farmstay terunggul yang terkenal dengan pengalaman tetamu yang luar biasa dan layanan yang tulus, serta menjadi venue mesyuarat dan acara yang popular dan unggul di Malaysia dan di seluruh dunia.
Misi: Memastikan setiap tetamu menikmati penginapan yang bermakna menerusi perkhidmatan yang mesra, penginapan yang selesa, serta pengalaman kehidupan tempatan yang tulen.
⭐ Pilihan Utama & Dipercayai Tetamu
Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Sehingga Julai 2026, Kurau Inn Farmstay telah meraih penarafan 4.5 daripada 5 bintang berdasarkan 247 ulasan di Google Maps:
47% menilai kemudahan & perkhidmatan kami sebagai sangat memuaskan (5 bintang).
45% berpuas hati dengan penginapan mereka (4 bintang).
📍 Lokasi Strategik & Mudah Diakses
Koordinate GPS untuk Kurau Inn Boutique Farmstay (No. 30, Parit Mat Ali, 34350 Kuala Kurau, Perak, Malaysia) ialah anggaran 5.018° U, 100.433° T (atau lebih tepat pada laluan Kampung Parit Mat Ali berdekatan pusat pekan Kuala Kurau
Kurau Inn terletak di lokasi yang strategik:
1.5 km dari pusat bandar
1.0 km dari Sungai Kurau
500m dari klinic, mini-markers, dan warung makanan tempatan.
4 km dari Pantai Ban Pecah.
34 km dari Kelip-kelip Kampung Dew
37 km dari Terminal Feri Pulau Urang Utan Island,
65 km dari Penang International Airport.
113 km dari Sultan Azlan Shah Airport, Ipoh, Perak.
347 km dari KL International Airport
📜 Pendaftaran & Akreditasi Rasmi
Kami merupakan premis yang berdaftar dan diiktiraf secara rasmi:
Kementerian Pelancongan Malaysia
Majlis Daerah Kerian
Sijil Digital ePerolehan (eP-0804C005W)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (003121333-M)
Sijil Pengiktirafan yang dikeluarkan oleh NCIA
Ahli Malaysia Budget & Business Hotel Association (MyBHA: MA/08-3470)

Sijil Pendaftaran, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Sijil ini sah dan berkuatkuasa sehinnga 2029

Sijil Perniagaan Majlis Daerah Kerian
Sijil ini sah dan berkuasa sehingga 26 Ogos 2027

Sijil Digital ePerolehan
Membership Number: 04-A-3470

Sijil Pengiktirafan NCIA
Issued by National Corridor Implementation Authority (NCIA)

Malaysia Budget and Business Hotel Association (MyBha)
Membership Number: 04-A-3470
📞 Hubungi Kami
Rancang percutian, mesyuarat, atau acara anda bersama kami hari ini!
WhatsApp: kami sekarang!

Rasai perbezaannya
Keindahan Desa, Keselesaan Kota
Otentik * Tenang * Menggamit memori


← swipe · 2 photos →
