Kurau Inn
Sarapan
Nikmati Sarapan Kampung Yang Autentik
Lengkapkan pengalaman menginap anda di Kurau Inn dengan hidangan sarapan kampung yang dimasak segar setiap pagi. Disediakan menggunakan resipi tradisional turun-temurun dan bahan-bahan berkualiti, setiap hidangan membawakan cita rasa asli masakan Malaysia yang ringkas, menyelerakan dan penuh nostalgia.
Sama ada anda memilih Nasi Lemak yang menjadi kebanggaan negara atau Mi Goreng yang digemari ramai, setiap set dihidangkan bersama ayam goreng rangup, telur rebus, kuih-muih tradisional dan buah-buahan bermusim untuk melengkapkan santapan pagi anda.
Pilihan Menu
Set Nasi Lemak
Nasi lemak beraroma santan
Sambal ikan bilis
Ayam goreng rangup
Telur rebus
Kuih-muih tradisional
Buah-buahan bermusim
Set Mi Goreng (Pilihan mi kuning atau bihun goreng)
Mi goreng atau bihun goreng
Ayam goreng rangup
Telur rebus
Kuih-muih tradisional
Buah-buahan bermusim
Harga: RM15 seorang
Tempahan: Sarapan disediakan atas permintaan dengan tempahan minimum 4 orang. :::
Tempahan hendaklah dibuat semasa check in atau selewat2nya jam 6.00 petang

