Kurau Inn
Hari Keluarga & Reunion
Selamat datang ke Kurau Inn, tempat percutian impian di tengah keindahan dan ketenangan kampung. Kami menyediakan persekitaran yang sesuai untuk menganjurkan hari keluarga, perhimpunan persaudaraan (reunion), dan majlis khas dalam suasana yang damai dan privasi.
Satu Kawasan, Sepenuhnya Hak Milik Kumpulan Anda
Apabila anda memilih Kurau Inn untuk Family Day atau Reunion, seluruh kawasan inap desa kami adalah milik kumpulan anda sepanjang tempahan. Nikmati kebebasan dan privasi sepenuhnya tanpa gangguan luar untuk menggunakan semua kemudahan—daripada kolam renang, basikal, dapur/pantry, hingga ke ruang barbeku (BBQ).
Kapasiti & Ruang Penginapan
Dengan 13 unit penginapan yang selesa, Kurau Inn sedia menampung kehadiran ahli keluarga yang ramai:
Susunan Katil: 2 Katil King, 20 Katil Queen, 4 Katil Single, dan 2 Sofa Bed.
Kapasiti Utama: Sesuai untuk 50 dewasa.
Penambahan Kapasiti: Perlukan lebih banyak ruang? Khemah tambahan boleh dipasang di dewan atau di kawasan padang lapang.
Kemudahan yang Disediakan
Kolam Renang Privasi: Bersaiz 8 x 16 kaki untuk kesegaran sekeluarga.
Kolam Memancing: Bersaiz 20 x 20 kaki untuk aktiviti santai.
Padang Rumput: Bersaiz 40 x 60 kaki untuk pelbagai sukaneka dan aktiviti luar.
Taman Permainan Kanak-kanak: Selamat dan menyeronokkan untuk si cilik.
Pantry & Dapur Lengkap: Bersaiz 3 x 7 meter, dilengkapi kemudahan memasak untuk sajian kumpulan anda.
Ruang Santai & Jamuan: 7 meja taman serta 8 meja simen berserta 30 kerusi.
Kawasan Tempat Letak Kereta: Kapasiti utama 15 hingga 20 kenderaan, dengan ruang tambahan sehingga 20 kenderaan lagi.
Aktiviti Populer & Menyeronokkan
Cipta kenangan manis bersama yang tersayang melalui pelbagai aktiviti menarik:
Sukaneka Kampung: Padang rumput yang luas sesuai untuk pelbagai permainan keluarga.
Kayuhan Basikal: Terokai keindahan suasana kampung dan pemandangan hijau sawah padi (sewaan basikal mengikut jam, terma & syarat terpakai).
Karaoke: Sampaikan lagu kegemaran anda di dewan serbaguna.
Memancing Santai: Cuba nasib memancing di kolam atau parit sekitar. Aktiviti memancing adalah percuma, dengan bayaran minima dikenakan sekiranya tangkapan dibawa balik.
Bermain Wau & Layang-layang: Rasai nostalgia mengudara layang-layang di kawasan padang yang lapang.
Malam Barbeku (BBQ): Nikmati sesi memanggang dan makan malam santai di bawah bintang.
Tempah Percutian Anda Sekarang
Rancang hari istimewa anda bersama kami hari ini! Hubungi +60 14-918 6642 atau isi borang tempahan di bawah:





