Kurau Inn
Pakej Mesyuarat & Acara Kurau Inn
Mesyuarat Lebih Produktif Dalam Suasana Yang Kondusif
Tinggalkan suasana bilik mesyuarat yang biasa dan bawa pasukan anda ke persekitaran yang lebih tenang, segar dan memberi inspirasi.
Terletak di tengah-tengah pesona sawah padi Kuala Kurau, Dewan Kurau Inn menawarkan ruang acara berkonsepkan bangunan terapung berlantaikan kayu yang alami serta pemandangan sawah yang luas. Suasana kampung petani dan nelayan yang damai dan kehijauan alam sekeliling menjadikan Kurau Inn tempat yang sesuai untuk menjana idea baharu, membina hubungan dan memberi nafas segar kepada setiap pertemuan.
Sama ada anda merancang sesi strategi korporat, bengkel agensi kerajaan, kem universiti, retreat NGO, latihan pembangunan pasukan atau program team building, kami menyediakan ruang yang fleksibel serta kemudahan yang diperlukan untuk memastikan acara anda berjalan lancar.
Kemudahan & Perkhidmatan
Ruang Fleksibel, Susun Atur Mengikut Keperluan
Dua ruang acara berasingan dengan kapasiti sehingga 24 dan 50 orang, sesuai untuk pelbagai susun atur seperti:
Theater
Classroom
U-Shape
Boardroom
Kemudahan Teknikal
Ruang acara dilengkapi dengan:
Sistem PA
TV 50 inci
Whiteboard
Flip chart
Akses Wi-Fi percuma di kawasan tersedia.
Hidangan Tempatan & Jamuan Ringan
Nikmati pilihan kopi, teh, makanan ringan serta hidangan tempatan yang menyelerakan. Menu boleh disesuaikan mengikut keperluan pemakanan dan bajet program.
Penginapan Di Lokasi
Permudahkan urusan peserta dengan pilihan penginapan berkongsi yang selesa, tanpa perlu berulang-alik. Kemudahan penginapan boleh menampung sehingga 40 orang, tertakluk kepada susunan bilik dan kapasiti semasa.
Aktiviti Santai & Rekreasi
Lengkapkan pengalaman program anda dengan aktiviti santai seperti:
Berbasikal menyusuri kawasan sawah
Memancing secara santai
Menikmati udara segar dan kehijauan alam
Bersantai di persekitaran Kurau Inn
Sesuai Untuk
Mesyuarat korporat & sesi strategi
Bengkel dan seminar agensi kerajaan
Kem universiti & institusi pendidikan
Retreat NGO & organisasi
Latihan pembangunan pasukan
Program team building
Kursus dan acara berkumpulan
Jadikan Pertemuan Anda Lebih Bermakna
Bukan sekadar tempat bermesyuarat, Kurau Inn menawarkan pengalaman berkumpul dalam suasana sawah yang tenang, selesa dan dekat dengan alam.
Isi borang di bawah bagi mendapatkan sebut harga atau membuat janji temu lawatan tapak. Kami berbesar hati membantu merancang acara anda.



















